May 12, 2010

Silent Reader

Hi there ;)


Silent Reader is my other name ;) saya seorang pembaca dan pemerhati…saya jarang nak mengomen tapi bila dah start komen di blog orang saya susah nak stop…komen yang saya maksudkan ialah memberi respond terhadap penulisan seseorang…bukan mengutuk ya ;)

Bagi saya lah kan, semua orang boleh menjadi blogger atau penulis…cuma yang membezakan ialah topik dan penyampaian…bila mengikuti penulisan otai-otai blogger, saya sebenarnya bukan sahaja mengembara ke alam penceritaan mereka, tapi saya juga mengamati gaya penyampaian mereka…sama ada secara santai ataupun formal, keunikan masing-masing masih terserlah…

Saya juga banyak mengikuti penulisan newbie dan blogger-blogger yang sudah dikenali ramai…memang pelbagai…setakat ini, ada beberapa blog yang saya memang jenguk setiap kali online…sebab apa? Sebab blogger-blogger ni memang tersendiri…itu yang saya cari…sama ada penulisan informative ataupun personal, mereka memang natural dan bersahaja…bagi saya penulisan melambangkan peribadi seseorang…betul tak?

Apa yang saya suka, tak semestinya orang lain pun suka…saya tahu…saya hanya ingin berkongsi sahaja, terpulanglah pada orang lain untuk menilai…

Ada satu blog yang saya memang kagum…sangat simple dan tujuan beliau menulis (pada pengamatan saya) ialah kerana ingin berkongsi pandangan peribadi dengan pembaca…penyampaian yang memang jujur dan tidak keterlaluan…walaupun kadang-kadang saya tidak sependapat dengan beliau, namun masih boleh menerima penulisan beliau sebagai sesuatu yang boleh dipertimbangkan…kebanyakan penulisan beliau adalah berbentuk personal, matang dan berkualiti…ada juga terselit karya-karya seni hasil tangan sendiri yang memang unik…boleh jenguk blog beliau di sini

Ok, ada lagi beberapa blog yang saya nak share kat sini tapi bukan sekarang…saya akan sambung lagi nanti bila kelapangan ;)

2 comments:

anisalya said... [Reply to comment]

saya pun suka jadik silent reader. baca je la... saya tak ada la specific suka ke tak dgn apa yg org tulis. selagi mind sy blh terima... sy bc...kalau dh start terganggu...sy close je la.

usually sy cb jgk bg komen. kalau visit sy akan try bg komen untk entri tertentu dgn seikhlas hati.tak ikhlas buat apa komen kan?

hehehe...

Misseja said... [Reply to comment]

hi anisalya...komen2 yang ikhlas tu lah yang dinanti-nantikan...kadang2 saya akan termenung lama kat comment box tu, fikir nak tulis apa...last2 langsung tak tulis apa2 ;) (kalau tulis pun, sekadar melepaskan batuk ditangga)...

as for me, the writing itself trigger the responds...what do you think?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL