May 18, 2010

Adam jangan nakal boleh tak?

Hi there ;)


Hari ni saya kekurangan mood untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja...banyak sebab...nak senyum pun susah...ish...tak patut kan...

Menjadi ibu memang memerlukan kesabaran yang tinggi...lebih-lebih lagi pengalaman membesarkan anak pertama...tanpa bantuan, memang sangat sukar...anak yang membesar juga memerlukan perhatian yang khusus...setiap hari mesti ada perkara baru yang seorang ibu akan belajar mengenai anaknya...
Adam, hari ini mummy sangat sedih...mummy faham Adam tengah explore banyak benda...semua Adam nak tahu...nak sentuh...nak rasa...kalau tak dapat mesti rasa tak puas hati kan...mummy sangat faham itu...tapi, ada perkara yang Adam kena faham tentang dunia ni...tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat...Adam tak boleh sentuh semua benda...rasa semua benda...Adam tak boleh pergi semua tempat...tak boleh dapat semua yang Adam nak...tak boleh, sayang...Adam nak makan aiskrim, mummy bagi...nak makan nasi yang mummy tengah makan, mummy bagi...nak ribena, mummy buatkan...nak KFC, tadi baru kita makan, ingat tak...tapi, bila Adam kutip batu, nak masuk mulut, sampai bila-bila pun mummy takkan bagi...tak boleh, sayang...dirty...cannot...nanti sakit perut...Adam sakit, mummy lagi sakit... 
Adam nak main kat bilik air? tak boleh, licin, nanti jatuh, macam hari tu...ingat tak yang Adam nangis kuat-kuat...sakit kan...Adam nak main laptop mummy? tak boleh la sayang, nanti rosak, tak boleh la mummy nak berblog lagi...nak handphone mummy? jangan sayang, nanti Adam baling macam hari tu, rosak kan...dah mummy tak boleh call papa...Adam nak kemaskan sepahkan bilik? hmmm, tak pelah, pergilah sayang...nanti mummy kemaskan balik...nak tolong mummy masak? cannot dear...nanti percik minyak panas kena Adam, sakit...mummy tahulah sebab mummy selalu kena...ok...ok...Adam gi tengok movie nagn papa ye...tengok kung fu panda...favourite Adam kan...
Hmmm...alangkah bagusnya kalau Adam boleh faham semua tu...tu semua saya cakap tadi sambil tengok Adam...Adam tengok saya balik terkebil-kebil...pastu, senyum nampak gigi 4 batang...
Adam jangan nakal lagi tau...kalau tak, mummy grounded macam semalam...no tv, no hp, no internet...ok?
Papanya dah tersengih-sengih tengok saya..."grounded dear? sejak bila la pulak Adam ada hp, main internet?"...

2 comments:

one_are said... [Reply to comment]

nanti bila adam dah pandai baca pastu dia baca blog mummy dia nnt dia faham la tu.. :)

Misseja said... [Reply to comment]

@one_are
mummy dia akan print, letak dalam time capsule ;)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL