Lilypie Second Birthday tickers

May 17, 2010

Selalu tertinggal bas...

Hi there ;)

Hmmm, asyik tertinggal bas je...semalam Hari Guru, hari ni baru nak wish...

HAPPY TEACHERS DAY to all teachers in the world...buat teman-teman blogger, rakan-rakan seperjuangan di bangku sekolah dan terutama sekali guru-guru yang telah banyak mengajar saya erti hidup...

"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops."
~Henry Brooks Adam~

Very true...masih teringatkan guru kesayangan sewaktu di sekolah rendah...Cikgu Adnan Yusoff...masih tercari-cari keberadaannya...andainya cikgu membaca ini, saya ingin cikgu tahu bahawa setiap baris ilmu yang terlakar di dada ini adalah bermula dari kamu...ya, kamu yang teramat prihatin umpama saya ini segunung berlian...terlalu menyayangi ibarat saya ini selautan emas...terlalu baik ibarat saya ini tiada cela...cikgu pembimbing yang sukar dicari ganti...memimpin jiwa saya umpama anak sendiri...saya terlalu ingin menemui kamu, cikgu...terlalu ingin...

Mungkin suatu hari nanti dapatlah saya membalas segala jasa dan keringat yang telah cikgu curahkan...mungkin dapat saya bertemu penyambung generasi kamu untuk saya noktahkan kegundahan ini...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL