May 11, 2010

Lelaki oh suami part 1

Hi there ;)

Kenapa ya dengan tajuk ni? susah ke nak cari suami yang baik sekarang? masih ada lagi ke yang betul-betul baik?

Banyak sebenarnya persoalan terutama bagi mereka yang sedang mencari atau sudah jumpa tetapi masih was-was...apa yang saya tulis ni pun bukannya garis panduan atau tips-tips, tetapi lebih kepada membuka minda wanita dan gadis di luar sana untuk lebih flexible dalam mencari bakal suami...oh, yang sudah bersuami juga mungkin masih tercari-cari ciri-ciri lain dalam diri suami mereka demi menguatkan lagi ikatan yang telah dibina...

Semua lelaki sama?
...tidak...lelaki seperti wanita juga, berbeza tingkah laku, pembawaan diri, minda, kemahuan, keperluan, kegemaran, emosi, dan macam-macam lagi...melabel semua lelaki adalah sama jahatnya juga salah ya...selalunya bila kita tengok kawan-kawan ada teman yang romantik, kita juga mahukan begitu...bila kawan-kawan sering dimanja oleh teman mereka dengan pelbagai barangan dan makan pakai, kita juga mahukan begitu...bila kawan-kawan sering diambil dan dihantar pulang dari kerja, kita juga mahukan begitu...pendek kata, kita inginkan semua kebaikan yang ada pada diri seorang lelaki...namun kita lupa untuk menilai diri sendiri, adakah kita ini penuh dengan segala kebaikan yang seharusnya ada pada diri seorang wanita?

Bila dah kahwin tak sehangat dulu?
Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, memang akan ada perbezaanya walaupun sedikit...selalu terjadi, lelaki berubah perangai sesudah berkahwin...kalau dulu caring dan loving nya 90%, sesudah berkahwin mungkin turun ke 50%...kalau dulu humor dan sporting, sesudah berkahwin mungkin lebih serious...macam-macam lagi lah...faktanya, tak semua lelaki begitu...ada yang sebaliknya...sesudah berkahwin, mereka akan lebih mementingkan isteri dan keluarga dari yang lain...haa, yang macam inilah semua wanita nak tapi yang macam inilah juga paling susah nak cari ;) ada, bukan tak ada...cik-cik dan puan-puan, wanita juga akan berubah selepas kahwin tau...kadang-kadang kita tak perasan tu...

Harta dan wang penting ke?
...penting dan tidak...sebelum kahwin memang harta dan wang agak dipentingkan oleh wanita...nak keluar makan-makan, tengok wayang, shopping, cuti-cuti malaysia dan banyak lagi...tambah-tambah kalau lelaki tu dah ada kereta dan rumah, lagilah bertambah bonusnya ;) memang susah nak dinafikan, namun tak semua lelaki berharta dan berwang itu adalah pilihan terbaik ya...sebab apa, bila dah kahwin nanti, banyak lagi tanggungjawab terutamanya dari segi mental dan emosi...wanita kan unik...walaupun suami mampu belikan kita sebuah pulau, tapi kalau kita dok sorang-sorang je kat pulau tu kan tak best...mestilah nak suami ikut sekali, kalau boleh tolong picit-picitkan mana yang lenguh, tolong dodoikan sampai tertidur (over ni...), jalan-jalan tepi pantai...

Selalunya ya, selalunya lelaki yang berharta dan berwang ni banyak tanggungjawab dia di luar sana...nak handle company, overtime lagi sebab nak cover installment sana-sini, meeting kesana kemari, outstation macam-macam lagi lah...dia buat semua tu pun sebab nak cukupkan keperluan kita-kita nih ;) susahlah sikit nak spend time dengan keluarga...so, time tu nak marah sangat pun tak boleh, what to do? jadinya, lelaki yang sederhana tu tak kurang baiknya asalkan dia ada cukup masa untuk kita dan keluarga...money can buy you happiness, really, but not for long...nilai kekeluargaan tu tersangatlah penting...wanita pun perlu berpada-pada, perlu memahami dan jangan terlalu meminta berlebihan...

Lelaki tak sensitif?
...lelaki sensitif...lelaki juga menangis...lelaki menangis cuma kita tak nampak...lelaki menangis dalam hati...most of the time especially when it comes to relationship...lelaki memang tak suka dilabel lemah ataupun yang sewaktu dengannya...lelaki suka dianggap sebagai pelindung wanita...mereka memang dilahirkan dengan naluri sebegini...but deep down inside, lelaki ni sebenarnya lebih sensitif dari wanita...wanita menggambarkan perasaan melaui kata-kata, tangis, atau gerak-geri...lelaki kebanyakannya tidak dapat meluahkan sensitiviti mereka secara luaran...kebanyakannya lebih suka diam atau menyendiri bila disakiti...bila sekali disakiti, memang sangat berbekas dihati lelaki...oh, ini dah macam terkeluar topik ;)

Apa yang nak saya sampaikan ialah, bila menilai lelaki untuk sesuatu perhubungan, kita tak dapat menilai peribadi mereka secara total...bila dah berkahwin, kita sepatutnya expect the unexpected...kalau ada seorang lelaki yang cool, tapi lepas kahwin lelaki itu jadi cepat marah, sebenarnya itu satu ilmu yang harus dicatat dalam buku nota..."suamiku sudah pandai meluahkan emosinya"...seterusnya, carilah punca-puncanya ya...

Banyak lagi yang boleh saya garapkan di sini...tapi saya akan sambung untuk part yang seterusnya...

Ingin ditekankan di sini, saya hanyalah manusia biasa yang menulis melalui pengalaman, pengamatan dan pengetahuan yang saya bina sejak mengenali lelaki...jika terdapat sebarang kecacatan pada penulisan saya, mohon maaf hingga ke hujung jari ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL