May 19, 2010

Awak ditakdirkan sebagai GAY...

Hi there ;)


"Awak dah ditakdirkan menjadi gay...itu ujian Allah untuk awak."

Huh...patutkah? tak percaya langsung yang kata-kata ini diungkapkan oleh seorang ustaz pakar perubatan Islam yang terkenal kat Malaysia nih...(maaf, nama pusat tersebut terpaksa dirahsiakan)...

Kesnya, seorang kenalan yang sudah separuh abad pergi ke pusat perubatan ini untuk mencari penyelesaian masalahnya yang tertarik dengan kaum sejenis...dia pergi dengan harapan dapat mencari punca masalahnya, namun akhirnya pulang dengan seribu kehampaan kerana kata-kata yang diungkapkan jelas meruntuhkan keyakinan dirinya untuk berubah...

Dia juga keliru sama ada untuk menerima kata-kata itu (yang diungkap oleh seorang pakar perubatan Islam) atau tidak...benar atau tidak...maklumlah, dalam proses memperbaiki diri, banyak yang harus dilalui...

Kenalan ni akhirnya demotivated...berkurung je kat rumah...dia memang betul-betul lost...sampai satu tahap (decided to give up life), dia datang jumpa my hubby...ask for advise...

Manusia ni semua actually ada unsur biseksual...contohnya, ada wanita yang suka atau tertarik dengan wanita yang cantik...begitu juga lelaki...itu sebenarnya normal...manusia sukakan kecantikan (yang ditakrifkan mengikut pandangan masing-masing)...cuma pada satu tahap, individu itu sendiri yang mesti meletakkan satu garis sempadan...meletakkan satu ketegasan...jangan diikutkan rentak yang salah itu...bagi sesetengah orang memang sukar tapi, inilah benteng kita yang paling kuat...diri sendiri...

There is no such thing that Allah made you that way...kita (manusia) yang menzalimi diri sendiri...tapi, untuk setiap perkara buruk yang kita lakukan, mesti ada turning point...tahap yang kita sendiri boleh ubah diri...menjadi yang lebih baik...kita sendiri yang pilih...

Hmm, tulisan ini bukan bertujuan menghina mana-mana pihak...sekadar berkongsi pendapat sendiri...bukan berniat memburukkan kenalan saya itu, cuma ingin berkongsi kesedihannya...pada masa ini, semangatnya sudah pulih...masih mencari jalan terbaik memperbaiki diri dengan bantuan rakan-rakan...
"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."
~ Jeremy Kitson ~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL