May 1, 2010

Busuk...

...Apa yang busuk nih...

Hmmm, well, bukannya ada benda-benda busuk pun...saya cuma nak cerita tentang benda busuk yang tak semestinya busuk ;)

Kebanyakan orang mengalami fenomena menyukai benda-benda busuk ni...especially babies and toddler...yang saya nak cerita kat sini perihal my dearest Adam D la, siapa lagi ;)

Adam D sangat suka dengan SELIMUT BUSUK dia...tidur tak peluk mummy takpe, tapi selimut busuk mesti kena peluk...walaupun tengah belajar bertatih dua tiga langkah, selimut busuk tetap didalam genggaman (mungkin menjadi kekuatan dia)...dia tak ada pun favor mana-mana bantal or bolster, cuma selimut ni je...sebenarnya, bukanlah busuk pun (mummy dah softlankan selalu time dia tidur, bila sedar selimut dah kering)...pening jugak sebab kadang-kadang nak mandi pun dia bawak selimut dia...kalau ditarik, mesti dia tarik balik...

Yang paling tak best, dia seret selimut tu keliling rumah sampai ke dapur, kan dah jadi macam mop ;( terpaksalah mummy cuci lagi...


That's Adam D's story...my friend bagitahu, dia pernah jumpa seorang baby yang tak boleh berenggang dengan BRA mak dia...so, saya istilahkan BRA BUSUK boleh? macam mana tu, kalau kat rumah je boleh la...kalau nak gi jalan-jalan kat rumah orang macam mana ye? actually, bra tu pun bukannya busuk, cuma ada bau mak dia...**FAKTA : baby perlukan bau ibunya untuk menghilangkan stress, jadi dia akan kurang meragam**...**FAKTA NAKAL : sebenarnya, baby ke ayahnya yang tak boleh berenggang dengan bra tu** ;p


Bila difikirkan, seronok tengok kerenah babies nih terutamanya anak sendiri ;) menghiburkan hati walaupun tengah penat...

Kamu-kamu nih, ada bantal busuk?

p/s : Tak sabar nak tahu ape lagi kerenah Adam D bila dah pandai jalan sendiri nanti ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL