May 27, 2010

Menyayat hati...

Hi there ;)


Tiada kata mampu diungkap bila menatap gambar ini...airmata saja yang mampu berbicara...hati terlalu sayu tatkala meletakkan diri ditempat mereka...kemanakah hilangnya kasih-sayang untuk mereka...masih kecil...masih memerlukan...

Jari menari sambil airmata mengalir...naluri keibuan yang terlalu kuat ini seakan ingin meraung...botol susu berisi air kosong menjadi peneman sang adik...abang yang lebih berkudrat menatang kasih sejati itu...hanya payung tempat berteduh dari hujan dan panas...hanya sebuah bekas buat mengisi perut yang lapar...makan atau tidak malam ini...hati masih berkira-kira...bagaimana dapat ku ringankan beban kamu, wahai sang abang...

Tak mampu lagi jari ini menari...airmata tidak mampu berhenti...hati terlukis wajah anakku...semoga dapat dipanjangkan umur buat menatang anakku selamanya...buat mengisi kehidupan anakku dengan penuh kasih dan sayang...menyediakan tempat buatmu berteduh ...menyediakan susu buatmu hilang dahaga...menyediakan makan buatmu kenyang...menyediakan katil buatmu lena...menyediakan seorang IBU buatmu...

May 24, 2010

Setiap kali bersama kamu...

Setiap kali bersama kamu…aku tersungkur…rebah…pintu hati sering tertutup…kegiranganku selalu pudar…bersama kamu…selalu ku nantikan…selalu membuatku tersenyum…itu dulu…bersama kamu…mindaku sering bearantakan…semua ingin ku luahkan… semua senyum ingin ku lakar…semua pahit ingin ku luak…

Tapi kamu ini…dulu sangat menyenangkan…sangat menggembirakan…sangat mendebarkan…selalu menggoncang sabarku…meniup bisikan kasih…memegang jiwaku seluruhnya…

Dan kamu ini…sangat berbelah bahagi…membuat ku terbahagi…malam kau datang…siang kau datang juga…mahukan seluruh hidup ku…

Namun aku kuat…aku sabar…tidak boleh menggoncang ku lagi…mengancam ku lagi…akan ku biar kau di situ…semahu mu…rintih ku tidak kau dengar…rayu ku tidak kau endah…kau buat apa mahu mu saja…

Antara banyak…kamu yang ku pilih…walau segunung emas harga diri mu, aku tetap memilih kamu…mengapa tidak kau beri yang terbaik…mengapa mengecewakan…

Hatiku sering terkesal…mengapa tidak ku pilih teman yang lain…mungkin dapat membahagiakan…segunung emas pun tidak perlu…seluruh hidup tidak ku ternanti-nanti…sentiasa ada saat ku memerlukan…tidak seperti kamu kini…

Sabar ku sudah hampir pupus…hari ku begitu berharga…namun aku masih punya hati…tidak mahu membiarkan kamu begitu sahaja…buat sedikit ruang yang masih tersisa…ku harap dapatlah kau mengerti…kehendak naluri hati ini…yang sentiasa ingin menatap kamu…sepuas-puasnya…moga kau sentiasa ada…di sini…saat ini…saat jemari ku memerlukan kamu…saat hati ku memerlukan kamu…saat minda ku memerlukan kamu…

Kembalilah…hiburkan hati ini…sambungkan dunia ku dengan yang lain…aku sudah penat mencari…tidak mahu lagi mencari pengganti…sambungkan maya ku…

Oh maxis broadband…datanglah wahai si kacak putih biru hijau…aku menyeru coverage biru kamu…sayangilah aku…aku ingin berblog…dengan girang hati…aku terlalu mengharapkan kamu…usah disakiti hati ini lagi…terlalu banyak parut yang kau tinggalkan…

Aku masih ingin bersama kamu…Maxis Broadband...

May 19, 2010

Awak ditakdirkan sebagai GAY...

Hi there ;)


"Awak dah ditakdirkan menjadi gay...itu ujian Allah untuk awak."

Huh...patutkah? tak percaya langsung yang kata-kata ini diungkapkan oleh seorang ustaz pakar perubatan Islam yang terkenal kat Malaysia nih...(maaf, nama pusat tersebut terpaksa dirahsiakan)...

Kesnya, seorang kenalan yang sudah separuh abad pergi ke pusat perubatan ini untuk mencari penyelesaian masalahnya yang tertarik dengan kaum sejenis...dia pergi dengan harapan dapat mencari punca masalahnya, namun akhirnya pulang dengan seribu kehampaan kerana kata-kata yang diungkapkan jelas meruntuhkan keyakinan dirinya untuk berubah...

Dia juga keliru sama ada untuk menerima kata-kata itu (yang diungkap oleh seorang pakar perubatan Islam) atau tidak...benar atau tidak...maklumlah, dalam proses memperbaiki diri, banyak yang harus dilalui...

Kenalan ni akhirnya demotivated...berkurung je kat rumah...dia memang betul-betul lost...sampai satu tahap (decided to give up life), dia datang jumpa my hubby...ask for advise...

Manusia ni semua actually ada unsur biseksual...contohnya, ada wanita yang suka atau tertarik dengan wanita yang cantik...begitu juga lelaki...itu sebenarnya normal...manusia sukakan kecantikan (yang ditakrifkan mengikut pandangan masing-masing)...cuma pada satu tahap, individu itu sendiri yang mesti meletakkan satu garis sempadan...meletakkan satu ketegasan...jangan diikutkan rentak yang salah itu...bagi sesetengah orang memang sukar tapi, inilah benteng kita yang paling kuat...diri sendiri...

There is no such thing that Allah made you that way...kita (manusia) yang menzalimi diri sendiri...tapi, untuk setiap perkara buruk yang kita lakukan, mesti ada turning point...tahap yang kita sendiri boleh ubah diri...menjadi yang lebih baik...kita sendiri yang pilih...

Hmm, tulisan ini bukan bertujuan menghina mana-mana pihak...sekadar berkongsi pendapat sendiri...bukan berniat memburukkan kenalan saya itu, cuma ingin berkongsi kesedihannya...pada masa ini, semangatnya sudah pulih...masih mencari jalan terbaik memperbaiki diri dengan bantuan rakan-rakan...
"Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved."
~ Jeremy Kitson ~

May 18, 2010

Adam jangan nakal boleh tak?

Hi there ;)


Hari ni saya kekurangan mood untuk berkomunikasi dengan sesiapa saja...banyak sebab...nak senyum pun susah...ish...tak patut kan...

Menjadi ibu memang memerlukan kesabaran yang tinggi...lebih-lebih lagi pengalaman membesarkan anak pertama...tanpa bantuan, memang sangat sukar...anak yang membesar juga memerlukan perhatian yang khusus...setiap hari mesti ada perkara baru yang seorang ibu akan belajar mengenai anaknya...
Adam, hari ini mummy sangat sedih...mummy faham Adam tengah explore banyak benda...semua Adam nak tahu...nak sentuh...nak rasa...kalau tak dapat mesti rasa tak puas hati kan...mummy sangat faham itu...tapi, ada perkara yang Adam kena faham tentang dunia ni...tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat...Adam tak boleh sentuh semua benda...rasa semua benda...Adam tak boleh pergi semua tempat...tak boleh dapat semua yang Adam nak...tak boleh, sayang...Adam nak makan aiskrim, mummy bagi...nak makan nasi yang mummy tengah makan, mummy bagi...nak ribena, mummy buatkan...nak KFC, tadi baru kita makan, ingat tak...tapi, bila Adam kutip batu, nak masuk mulut, sampai bila-bila pun mummy takkan bagi...tak boleh, sayang...dirty...cannot...nanti sakit perut...Adam sakit, mummy lagi sakit... 
Adam nak main kat bilik air? tak boleh, licin, nanti jatuh, macam hari tu...ingat tak yang Adam nangis kuat-kuat...sakit kan...Adam nak main laptop mummy? tak boleh la sayang, nanti rosak, tak boleh la mummy nak berblog lagi...nak handphone mummy? jangan sayang, nanti Adam baling macam hari tu, rosak kan...dah mummy tak boleh call papa...Adam nak kemaskan sepahkan bilik? hmmm, tak pelah, pergilah sayang...nanti mummy kemaskan balik...nak tolong mummy masak? cannot dear...nanti percik minyak panas kena Adam, sakit...mummy tahulah sebab mummy selalu kena...ok...ok...Adam gi tengok movie nagn papa ye...tengok kung fu panda...favourite Adam kan...
Hmmm...alangkah bagusnya kalau Adam boleh faham semua tu...tu semua saya cakap tadi sambil tengok Adam...Adam tengok saya balik terkebil-kebil...pastu, senyum nampak gigi 4 batang...
Adam jangan nakal lagi tau...kalau tak, mummy grounded macam semalam...no tv, no hp, no internet...ok?
Papanya dah tersengih-sengih tengok saya..."grounded dear? sejak bila la pulak Adam ada hp, main internet?"...

May 17, 2010

Cikgu gelak guling-guling...

Hi there ;)

Jadi cikgu/guru ni memang ada pahit manisnya kan...I am a teacher too...I teach my son about life ;)

Oklah, tak nak tulis panjang-panjang...cuma nak share beberapa gambar yang boleh buat cikgu gelak guling-guling ;)










Selalu tertinggal bas...

Hi there ;)

Hmmm, asyik tertinggal bas je...semalam Hari Guru, hari ni baru nak wish...

HAPPY TEACHERS DAY to all teachers in the world...buat teman-teman blogger, rakan-rakan seperjuangan di bangku sekolah dan terutama sekali guru-guru yang telah banyak mengajar saya erti hidup...

"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops."
~Henry Brooks Adam~

Very true...masih teringatkan guru kesayangan sewaktu di sekolah rendah...Cikgu Adnan Yusoff...masih tercari-cari keberadaannya...andainya cikgu membaca ini, saya ingin cikgu tahu bahawa setiap baris ilmu yang terlakar di dada ini adalah bermula dari kamu...ya, kamu yang teramat prihatin umpama saya ini segunung berlian...terlalu menyayangi ibarat saya ini selautan emas...terlalu baik ibarat saya ini tiada cela...cikgu pembimbing yang sukar dicari ganti...memimpin jiwa saya umpama anak sendiri...saya terlalu ingin menemui kamu, cikgu...terlalu ingin...

Mungkin suatu hari nanti dapatlah saya membalas segala jasa dan keringat yang telah cikgu curahkan...mungkin dapat saya bertemu penyambung generasi kamu untuk saya noktahkan kegundahan ini...

May 15, 2010

Bila Cikbedah melaser..Lea Khalid, Whitey Mommy, Catlinafly, MummyShaneQeisha, Anymz, Azel Aidin, IdaSyarmilla, Suhana Shahril, Dania, Ben Ashaari, Syana, Hafiz Rahman, Chenta, Mat Deris, Sheila Latif, Irdina, MissIzah...

Hi there ;)

Hari ni baru sempat online...dah dua hari Adam D demam, finally hari ni dah ok...mummy and papa tersangat lega ;)

Tengah jalan-jalan kat blog cikbedah, tak pasal-pasal kena laser ;) nih nak jawab soalan-soalan laser dia...

Rules
It’s harder than it’s looks….
Copy to your own notes….
Erase my answers…..
Enter yours and tag twenty (20) people…..
Use the first letter of your name to answer each of the following questions……
They have to be real…..
Nothing made up….
If the person before u had the same first initial, u must use different answers…..
You cannot use any word twice…..
You can’t use your name for the boy/girl name question…..

Letter M
~ What is your name ~ Misseja
~ A four letter word ~ Mate
~ A boy’s name ~ Matthew
~ A girl’s name ~ Melody
~ An Occupation ~ Model
~ A color ~ Maroon
~ Something u wear ~ Marie Claire (shoes)
~ A food ~ Mushroom Soup
~ Something found in the bathroom ~ Mouthwash
~ A place ~ Memorial Park
~ A reason for being late ~ Me overslept...
~ Something u shout ~ Mummy marah ni!!!
~ A movie title ~ Madagascar
~ Something u drink ~ Milo Shake
~ A musical group ~ My Chemical Romance
~ An animal ~ Meerkat
~ A street name ~ Malacca Rd
~ A type of car ~ Maserati
~ 20 people you tagged ~ Lea Khalid, Whitey Mommy, Catlinafly, MummyShaneQeisha, Anymz, Azel Aidin, IdaSyarmilla, Suhana Shahril, Dania, Ben Ashaari, Syana, Hafiz Rahman, Chenta, Mat Deris, Sheila Latif, Irdina, MissIzah...yang lain kalau nak tag ni silalah ambil dengan berbesar hati ye...

May 12, 2010

Silent Reader

Hi there ;)


Silent Reader is my other name ;) saya seorang pembaca dan pemerhati…saya jarang nak mengomen tapi bila dah start komen di blog orang saya susah nak stop…komen yang saya maksudkan ialah memberi respond terhadap penulisan seseorang…bukan mengutuk ya ;)

Bagi saya lah kan, semua orang boleh menjadi blogger atau penulis…cuma yang membezakan ialah topik dan penyampaian…bila mengikuti penulisan otai-otai blogger, saya sebenarnya bukan sahaja mengembara ke alam penceritaan mereka, tapi saya juga mengamati gaya penyampaian mereka…sama ada secara santai ataupun formal, keunikan masing-masing masih terserlah…

Saya juga banyak mengikuti penulisan newbie dan blogger-blogger yang sudah dikenali ramai…memang pelbagai…setakat ini, ada beberapa blog yang saya memang jenguk setiap kali online…sebab apa? Sebab blogger-blogger ni memang tersendiri…itu yang saya cari…sama ada penulisan informative ataupun personal, mereka memang natural dan bersahaja…bagi saya penulisan melambangkan peribadi seseorang…betul tak?

Apa yang saya suka, tak semestinya orang lain pun suka…saya tahu…saya hanya ingin berkongsi sahaja, terpulanglah pada orang lain untuk menilai…

Ada satu blog yang saya memang kagum…sangat simple dan tujuan beliau menulis (pada pengamatan saya) ialah kerana ingin berkongsi pandangan peribadi dengan pembaca…penyampaian yang memang jujur dan tidak keterlaluan…walaupun kadang-kadang saya tidak sependapat dengan beliau, namun masih boleh menerima penulisan beliau sebagai sesuatu yang boleh dipertimbangkan…kebanyakan penulisan beliau adalah berbentuk personal, matang dan berkualiti…ada juga terselit karya-karya seni hasil tangan sendiri yang memang unik…boleh jenguk blog beliau di sini

Ok, ada lagi beberapa blog yang saya nak share kat sini tapi bukan sekarang…saya akan sambung lagi nanti bila kelapangan ;)

May 11, 2010

Lelaki oh suami part 1

Hi there ;)

Kenapa ya dengan tajuk ni? susah ke nak cari suami yang baik sekarang? masih ada lagi ke yang betul-betul baik?

Banyak sebenarnya persoalan terutama bagi mereka yang sedang mencari atau sudah jumpa tetapi masih was-was...apa yang saya tulis ni pun bukannya garis panduan atau tips-tips, tetapi lebih kepada membuka minda wanita dan gadis di luar sana untuk lebih flexible dalam mencari bakal suami...oh, yang sudah bersuami juga mungkin masih tercari-cari ciri-ciri lain dalam diri suami mereka demi menguatkan lagi ikatan yang telah dibina...

Semua lelaki sama?
...tidak...lelaki seperti wanita juga, berbeza tingkah laku, pembawaan diri, minda, kemahuan, keperluan, kegemaran, emosi, dan macam-macam lagi...melabel semua lelaki adalah sama jahatnya juga salah ya...selalunya bila kita tengok kawan-kawan ada teman yang romantik, kita juga mahukan begitu...bila kawan-kawan sering dimanja oleh teman mereka dengan pelbagai barangan dan makan pakai, kita juga mahukan begitu...bila kawan-kawan sering diambil dan dihantar pulang dari kerja, kita juga mahukan begitu...pendek kata, kita inginkan semua kebaikan yang ada pada diri seorang lelaki...namun kita lupa untuk menilai diri sendiri, adakah kita ini penuh dengan segala kebaikan yang seharusnya ada pada diri seorang wanita?

Bila dah kahwin tak sehangat dulu?
Sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, memang akan ada perbezaanya walaupun sedikit...selalu terjadi, lelaki berubah perangai sesudah berkahwin...kalau dulu caring dan loving nya 90%, sesudah berkahwin mungkin turun ke 50%...kalau dulu humor dan sporting, sesudah berkahwin mungkin lebih serious...macam-macam lagi lah...faktanya, tak semua lelaki begitu...ada yang sebaliknya...sesudah berkahwin, mereka akan lebih mementingkan isteri dan keluarga dari yang lain...haa, yang macam inilah semua wanita nak tapi yang macam inilah juga paling susah nak cari ;) ada, bukan tak ada...cik-cik dan puan-puan, wanita juga akan berubah selepas kahwin tau...kadang-kadang kita tak perasan tu...

Harta dan wang penting ke?
...penting dan tidak...sebelum kahwin memang harta dan wang agak dipentingkan oleh wanita...nak keluar makan-makan, tengok wayang, shopping, cuti-cuti malaysia dan banyak lagi...tambah-tambah kalau lelaki tu dah ada kereta dan rumah, lagilah bertambah bonusnya ;) memang susah nak dinafikan, namun tak semua lelaki berharta dan berwang itu adalah pilihan terbaik ya...sebab apa, bila dah kahwin nanti, banyak lagi tanggungjawab terutamanya dari segi mental dan emosi...wanita kan unik...walaupun suami mampu belikan kita sebuah pulau, tapi kalau kita dok sorang-sorang je kat pulau tu kan tak best...mestilah nak suami ikut sekali, kalau boleh tolong picit-picitkan mana yang lenguh, tolong dodoikan sampai tertidur (over ni...), jalan-jalan tepi pantai...

Selalunya ya, selalunya lelaki yang berharta dan berwang ni banyak tanggungjawab dia di luar sana...nak handle company, overtime lagi sebab nak cover installment sana-sini, meeting kesana kemari, outstation macam-macam lagi lah...dia buat semua tu pun sebab nak cukupkan keperluan kita-kita nih ;) susahlah sikit nak spend time dengan keluarga...so, time tu nak marah sangat pun tak boleh, what to do? jadinya, lelaki yang sederhana tu tak kurang baiknya asalkan dia ada cukup masa untuk kita dan keluarga...money can buy you happiness, really, but not for long...nilai kekeluargaan tu tersangatlah penting...wanita pun perlu berpada-pada, perlu memahami dan jangan terlalu meminta berlebihan...

Lelaki tak sensitif?
...lelaki sensitif...lelaki juga menangis...lelaki menangis cuma kita tak nampak...lelaki menangis dalam hati...most of the time especially when it comes to relationship...lelaki memang tak suka dilabel lemah ataupun yang sewaktu dengannya...lelaki suka dianggap sebagai pelindung wanita...mereka memang dilahirkan dengan naluri sebegini...but deep down inside, lelaki ni sebenarnya lebih sensitif dari wanita...wanita menggambarkan perasaan melaui kata-kata, tangis, atau gerak-geri...lelaki kebanyakannya tidak dapat meluahkan sensitiviti mereka secara luaran...kebanyakannya lebih suka diam atau menyendiri bila disakiti...bila sekali disakiti, memang sangat berbekas dihati lelaki...oh, ini dah macam terkeluar topik ;)

Apa yang nak saya sampaikan ialah, bila menilai lelaki untuk sesuatu perhubungan, kita tak dapat menilai peribadi mereka secara total...bila dah berkahwin, kita sepatutnya expect the unexpected...kalau ada seorang lelaki yang cool, tapi lepas kahwin lelaki itu jadi cepat marah, sebenarnya itu satu ilmu yang harus dicatat dalam buku nota..."suamiku sudah pandai meluahkan emosinya"...seterusnya, carilah punca-puncanya ya...

Banyak lagi yang boleh saya garapkan di sini...tapi saya akan sambung untuk part yang seterusnya...

Ingin ditekankan di sini, saya hanyalah manusia biasa yang menulis melalui pengalaman, pengamatan dan pengetahuan yang saya bina sejak mengenali lelaki...jika terdapat sebarang kecacatan pada penulisan saya, mohon maaf hingga ke hujung jari ;)

May 7, 2010

Kau Tercipta

...To my dearest little soul, Adam...


Mendesir angin dibalik tirai
Menyapu seluruh rasa diwajah
Hati berdegup menanti kala
Senyum menguntum dijiwa

Penantian untukmu
Menjanjikan seribu keindahan
Menolak sejuta kegundahan
Membuatku seperti aku

Wahai insan
Kasihku hanya buatmu
Darahku mengalir ditunjangmu
Jiwaku sentiasa dijiwamu

Wahai kasih
Tetaplah kau menatapku
Tetaplah ku mengusapmu
Tetaplah kau tercipta buat kita

Jadilah sang pencinta yang kekal
Jadilah sang pembenci yang  hancur
Carilah yang asalmu

Esok untukmu menanti
Lusa untukmu mencari
Cahaya kau dambakan
Pepohon kau tanamkan

Tetapkan ku nantikan kehadiranmu
Suatu waktu nanti di tempat yang asing
Memimpinku ke alam abadi
Bersama tiada penamatnya…

May 5, 2010

Rentetan seorang aku


Sejak kecil dimanja...dikasih...disayang...ditatang...mendapat yang terbaik tetapi tidak pula terlebih...sentiasa sederhana memberi menerima...tidak pernah berjauhan, lantas seringkali merasa hangat kasih ibu dan ayah...juga saudara...

Menjelang remaja, dididik berpijak sendiri...bertimbang rasa...menilai dengan akal...mula berjauhan demi masa hadapan...walau hati menolak...jiwa meracau...malam yang sering kesepian...berteman airmata...merindu sebuah pertalian darah yang takkan terputus...

Semakin remaja, hati bergetar...duka berganti tawa...sudah mampu berpijak sendiri...sudah boleh bertimbang rasa...akal mula menilai...pertalian terjalin...tiada lagi airmata malam...hanya senda gurau senyum simpul...jiwa baru terbentuk...rasa baru tersulam...kenangan...kenangan...kenangan...nota memori berserakan...

Awal dewasa meniti...dunia baru menanti...penuh cabaran dan dugaan...memahirkan akal...jatuh dan bangun namun masih mampu tersenyum...masih ada esok...masih ada lusa...masih ada teman...masih ada saudara...masih ada yang sayang...hari ini kalah, esok mungkin tidak...pertalian indah tersimpul...rapi dan rapi...penuh penghayatan...penuh pengembaraan...kenangan lagi...nota memori masih berserakan...

Dewasa yang indah terbentang...memulakan hidup...mengisi ruang yang kosong...memaut lengan yang meminta...mengikat sebuah pertalian...memberi dan menerima...suka dan duka memberi harmoni...melengkapi kekurangan diri...hikayat penghidupan baru terlakar...tunas kecil yang berbunga...tersenyum seisi mentari...hati terbahagi lagi...hati tersenyum lagi...mencanang kehidupan esok...masih merindu pertalian lalu...nota-nota kecil yang bertaburan...dibelek setiap satu...semuanya indah...yang pahit pun manis...

Esok bagaimana? di mana? mengutip semua nota...menyusun...menghimpun...sambil tersenyum...didakap kemas dan berbaring...melontar pandang ke atap bintang...masih indah...bintang yang berserakan tetap indah...ahhhh, simpan fikiran untuk esok...hari ini untuk ketenangan...

"yesterday is a history...tomorrow is a mystery...today is a gift...that's why it is called present..."


May 4, 2010

Kisah Anna...

Beberapa bulan lepas, saya pergi check-up Adam D di hospital dan disinilah saya bertemu Anna...seorang ibu muda yang baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata...

Sambil menunggu giliran dipanggil untuk bertemu doktor, saya duduk di satu sudut melayan kerenah Adam D yang tersengih-sengih dalam stroller...papanya dah tertidur kat kerusi hujung sebab terlalu keletihan...kesian papa, walaupun letih masih mahu menemani kami (tanggungjawab sebenarnya hehehe)...

Anna datang sambil menghulurkan salam perkenalan...dia bertanya perihal Adam D dan saya juga bertanya perihal kedatangan dia ke hospital (masa tu dia tak bawak baby)...

Anna : Comel anak you, mata sepet ikut siapa ye?
Saya : Ikut papa dia (tersengih)...
Anna : Ooo, mata anak I bulat...bulu mata panjang...
Saya : Iya? Hmmm, mesti comel kan...
Anna : Comel...Eja datang dengan siapa?
Saya : Dengan husband...tu ha, dah tertidur kat sana...
Anna : Ooo, kesiannya (tersenyum)
Saya : Anna?
Anna : I datang sendiri, naik cab...husband kerja...
Saya : Ok la, cari rezeki untuk keluarga...
Anna : Hmmm...

Saya terdiam seketika dengan jawapan Anna yang seolah-olah ingin menyatakan sesuatu...

Anna : Waktu I pregnant dulu pun, suami malas nak hantar I check-up...pergi sendiri je...
Saya : Ye ke, tak pela, diorang kan busy...saya faham...(tak tau apa nak cakap sebenarnya)...
Anna : Suami ada motor je...kalau selalu naik motor bila pregnant, I risau jadi apa-apa...so, suami suruh naik cab je...

Saya diam dan senyum...(itu je yang mampu buat)...

Anna : Pernah dulu naik motor waktu pregnant, basah kuyup sebab hujan, lepas tu suami tak kisah langgar lubang ke, bumper ke...I yang kat belakang ni dah sakit...bila bagitahu suami, dia naik angin pulak...sedih betul masa tu...
Saya : Ye ke...hmmm, maybe suami you tengah tension masa tu tak...
Anna : Tension pun, kesian la kat I...lepas tu terus dia malas hantar, suruh I naik cab je pergi mana-mana...bukan dia nak temankan pun...

Saya diam lagi tapi masih tersenyum pada Anna...

Anna : Betul Eja, I dari dulu memang independent...bila dah ada baby pun, husband jarang nak tengok baby, sampai sekarang pun sama...I bukannya tahu apa-apa, nak pegang baby pun tak tahu...so, mertua la yang tolong jagakan baby I...nak harapkan husband, tak tahulah...kalau I cakap mesti dia marah...
Saya : Sabar je la Anna...lama-lama nanti husband you ok lah...lelaki ni, kadang-kadang diorang tension fikir macam mana nak cari rezeki untuk keluarga...kita nampak macam dia tak sayang kita, tapi sebenarnya dia terlalu sayang sampai setiap masa berfikir je...
Anna : Hmmm, harap-harap macam tulah Eja...I pun malas nak cakap dengan dia pasal ni...takkan baby sendiri pun tak nak jenguk...
Saya : I faham, really, but I believe he love both of you very much...(masa ni saya rasa itu je yang terbaik untuk bagitahu Anna)...
Anna : Harap dia berubah satu hari nanti...kadang-kadang teringin nak keluar jalan-jalan satu family, tapi kesian baby I...kalau naik motor mesti kena hujan, panas...
Saya : Takpela, bila dah besar sikit nanti, boleh la bawak baby pergi jalan-jalan...boleh naik cab kan...
Anna : Ye lah...I pun tak sabar nak tunggu dia besar...eh Eja, sorry lah tiba-tiba cerita masalah I pada you pulak...
Saya : It's ok...I tak kisah...
Anna : Ok lah Eja, I nak pergi kaunter kejap...thanks anyway...lega sikit dapat berbual...

Hmmm, Anna oh Anna...sedih, kesian and pelik pun ada...tak sangka ada jugak kes macam ni...dia pun tak kisah cerita kat siapa-siapa...mungkin dah terbeban kat dalam hati, itu yang dia terpaksa luahkan...

Betul ke husband dia macam tu? Entahlah...bagi saya, tak adil menilai dari satu sudut saja...mungkin husband dia memang tengah ada masalah...maklumlah, kehadiran orang baru dalam keluarga memerlukan kewangan yang lebih...tapi, sebagai isteri dah tentu kita memerlukan sokongan dari suami lebih-lebih lagi dari segi emosi...isteri, ibu, wanita kat luar sana mesti faham apa yang saya cakap nih...

Yang paling penting di sini, PERSEFAHAMAN...UNDERSTANDING...memahami antara satu sama lain dan sentiasa sabar...memang banyak dugaan, tapi kasih sayang melebihi segala-galanya...

"Aku terima nikahnya" itu bukan sekadar lafaz pihak lelaki sahaja...perempuan pun terikat dengan segala tanggungjawabnya...terima sekali semua kebaikan dan keburukannya...bila dah ada zuriat, lagi banyak dugaan masing-masing...masa nilah BANTU-MEMBANTU amat berguna...

Eh, dah banyak sangat pulak tulis...nanti saya sambung lagi ye...

Thanx Ben and friends!

...First and foremost...


Terima kasih la banyak-banyak untuk En.Ben sebab sanggup datang dari jauh semata-mata nak singgah sini...sorrylah, rumah tengah bersepah (konon-konon), tak sangka kamu datang awal...

Hehehe, saya berterus-terang ye...mana ada, sekadar menulis...macam En.Ben la jugak, menulis hari-hari...


Kepada kawan-kawan yang dah follow, terima kasih seadanya, saya akan follow kamu juga...kalau tak terfollow tu, tolong ingatkan saya ye ;)

May 3, 2010

Awards

Saja nak pertontonkan award yang baru dapat dari dearest sheila...actually, it's awardS ;)

Baru je nak aktif blogging tak sangka dah ada yang sudi nak tag...thanx for your support, sheila yang baik hati;)

But dear, saya ni kira budak baru la so bila dah ade ramai geng baru saya continue tag ye...tengokla berapa ramai je followerku...
(*sedih + segan*)...

Thanx buat yang sudi memfollow...i heart you guys ;)










p/s : kuatkan azam untuk berblog setiap hari...

    

May 1, 2010

Busuk...

...Apa yang busuk nih...

Hmmm, well, bukannya ada benda-benda busuk pun...saya cuma nak cerita tentang benda busuk yang tak semestinya busuk ;)

Kebanyakan orang mengalami fenomena menyukai benda-benda busuk ni...especially babies and toddler...yang saya nak cerita kat sini perihal my dearest Adam D la, siapa lagi ;)

Adam D sangat suka dengan SELIMUT BUSUK dia...tidur tak peluk mummy takpe, tapi selimut busuk mesti kena peluk...walaupun tengah belajar bertatih dua tiga langkah, selimut busuk tetap didalam genggaman (mungkin menjadi kekuatan dia)...dia tak ada pun favor mana-mana bantal or bolster, cuma selimut ni je...sebenarnya, bukanlah busuk pun (mummy dah softlankan selalu time dia tidur, bila sedar selimut dah kering)...pening jugak sebab kadang-kadang nak mandi pun dia bawak selimut dia...kalau ditarik, mesti dia tarik balik...

Yang paling tak best, dia seret selimut tu keliling rumah sampai ke dapur, kan dah jadi macam mop ;( terpaksalah mummy cuci lagi...


That's Adam D's story...my friend bagitahu, dia pernah jumpa seorang baby yang tak boleh berenggang dengan BRA mak dia...so, saya istilahkan BRA BUSUK boleh? macam mana tu, kalau kat rumah je boleh la...kalau nak gi jalan-jalan kat rumah orang macam mana ye? actually, bra tu pun bukannya busuk, cuma ada bau mak dia...**FAKTA : baby perlukan bau ibunya untuk menghilangkan stress, jadi dia akan kurang meragam**...**FAKTA NAKAL : sebenarnya, baby ke ayahnya yang tak boleh berenggang dengan bra tu** ;p


Bila difikirkan, seronok tengok kerenah babies nih terutamanya anak sendiri ;) menghiburkan hati walaupun tengah penat...

Kamu-kamu nih, ada bantal busuk?

p/s : Tak sabar nak tahu ape lagi kerenah Adam D bila dah pandai jalan sendiri nanti ;)

Apr 29, 2010

Buang Bayi...Lagi...

...I'm so sad and disturbed...

Paper (Kosmo) hari ini report kes buang bayi...lagi... ;(
Actually, jumpa baby kat beranda rumah seorang penduduk kampung kira-kira pukul 12.30 malam...berbalutkan sehelai selimut sahaja...isk isk isk...my oh my, kesian sangat kat baby ni...


Adorable baby...apalah yang dia tahu ;(

Apepun, hopefully baby ni mendapat kasih sayang yang sebaiknya...
Taknak terlalu emosional, mungkin ada kisah lain dari ibu bapanya...seorang ibu, walau macam mana pun, pasti sayangkan anaknya...



p/s : setiap anak adalah anugerah...

Apr 28, 2010

Contest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse

...Join Contest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse...

Stumble upon this contest ;) Any mummy would want to join this, right...

So, here's Adam D...too many pic of him, guess this might be cute ;)


Hi, I'm Adam Danial
Age : 1 years old
DOB : 29 Mar 2009
Color : Blue or Green

Best of luck, dear ;)

p/s : Mummy tau ramai lagi baby yg comel tapi Adam tetap no. 1 hehehe...

Ben Ashaari Blog

...Saya teringatkan Ben Ashaari...
...Sungguh-sungguh teringatkan kamu nih...

...Encik Ben...

Kamu tak kenal saya, tapi saya kenal kamu (sikit-sikit, tu pun bila dah tengok pic kahwin kamu, baca entri-entri kamu)...kamu kan blogger paling popular ;)

So, biar saya kenalkan diri yang bernama misseja nih...nama samaran saya misseja (*senyum simpul*)...blog saya adamummy (used to be my story, my, love, my life) nih didedikasi khas buat diri saya sendiri, diri orang yang menyayangi saya (walaupun dia tidak tahu kewujudan blog ini) dan diri orang yang ingin mengenali saya (walaupun tiada yang ingin)...saya tak kisah sebab yang penting bila Adam D dah besar dia boleh baca semua isi hati mummy dia...

Saya suka menulis...sebab itulah blog ini terwujud (ter bermaksud tanpa disengajakan)...melihatkan pada entri yang sikit walaupun blog ini mula bernafas sejak 2008, mungkin kamu fikir saya berbohong...tidak saya memang suka menulis, namun kebanyakannya hanya terlakar dikotak pemikiran...masalah utama saya (si penulis) ialah kegagalan menterjemahkan isinya di kanvas maya ini...

Adakah saya menulis seperti seorang yang baru belajar berkata-kata? jawapan saya, ya, tepat sekali...Apakah jawapan kamu, Encik Ben? **Makluman : saya selalu mengintip blog Encik Ben untuk belajar cara-cara menulis yang disukai, namun masih gagal ;) **

Tengok, saya dah kehabisan idea hmmm....terima kasih untuk Segmen Jelajah Encik Ben (saya tahu dari blog En. Ben sendiri...saya tahu blog En. Ben dari blog Edriena Hazelina)...

p/s: Saya masih teringatkan kamu (dengan harapan kamu sudi menjenguk ke sini)...

Susah Senang Mencintai Kamu

Saya berbahasa Melayu ;)


Dunia saya pada waktu dan ketika ini adalah menyendiri...

Adam D sedang nyenyak tidur di bilik dan papa tercintanya sedang menguruskan hal kerja diluar (ya, masih bekerja walaupun jam menunjukkan tepat 4.40 pagi)...

Saya seorang yang tabah dan sabar (petikan kata-kata 'kamu')...sejak dulu mencintai 'kamu', saya memang sungguh sabar...

Banyak dugaan mendatang (kerana terlalu inginkan 'kamu')... langsung saya tidak pedulikan kedukaan yang cuba menggugat...

'Kamu' juga sabar dan tabah (saya tahu)...banyak yang kamu korbankan kerana berkeras mahukan saya...

'Kamu' dulu senang (tanpa saya)...kemudian susah (bersama saya)...maafkan saya...

Saya dulu susah (tanpa 'kamu')...kemudian senang (bersama 'kamu')...terima kasih...saya terharu...

Saya sayang 'kamu'...sangat-sangat...harap 'kamu' juga begitu...
p/s: Saya sedang tunggu 'kamu' pulang, sayang...
Related Posts with Thumbnails
 

ADAMUMMY | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL